Thursday, November 27, 2008

Adakah cinta memerlukan sebab ?

>: Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? ::
>
>
>Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
>di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
>bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
>suami. Ini dialog mereka
>
>Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
>
>Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
> menyayangi dan mencintai Sayang!
>
>Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
> abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
>menerangkannya.
>
>Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
> abang memang cintakan Sayang!
>
>Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
> saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan
>teman
> lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam
>bentuk
> puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
>sebabnya
>
>Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
>'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
>merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman
>manis
>dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'
>
>Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
>Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
>
>Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
>disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
>Surat tersebut berbunyi begini :
>
>'Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
>engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika
>disebabkan
>kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
>menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
>disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
>tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
>setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
>Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
>sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
>Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
>selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
>dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
>boleh dirasai dalam hati.'

No comments: